Sunday, 29 December 2013

DIY Sneak Peak ..

ok !!

Next entry aku akan update DIY dress shomel Iffatdhia kat bawah ni ...
 Dah siap cuma tinggal nak touch up je .. 
 Nak buat belt untuk nampak lagi gorgeous .. :) ..



tunggu!! :P

So do it yourself !! LoVE..

DIY Marathon 2 - Headband@Belt

ok !

Kenapa tajuk entry aku headband@belt kali ni.. Sebab DIY kali ni aku buat 2 in 1 .. Boleh dijadikan headband dan boleh jugak dijadikan belt jika mahu .. :)


kalau korang perasaan entry sebelum ni - dress peplum , aku ada pakaikan Dhia belt .. Sama sejibik tak dengan headband kat gambar atas ni ... Yup!! memang sama pun .. hahaha ..
Saiz kepala Dhia memang lebih kurang dengan saiz pinggang ..  So memudahkan aku , bila aku nak pakaikan dhia belt , pakaikan aje.. bila nak pakaikan headband pun pakaikan aje .. :)
Jimat di situ !! 




Siap !! Simple and nice ..

So do it yourself !! LoVE ..


DIY Marathon 1 ... Peplum Dress !

Ok!


Seperti yang dijanjikan , dress peplum for my baby .. :)


Hari tu aku keluar pergi beli kain.. Nak buatkan iffatdhia baju jenis ala-ala peplum gitu sempena umur dhia 4bulan .. 
Dapatlah sambar beberapa jenis kain.. dan paling penting sangat murah ok .. sebab sales!! I like .. hahaha ..

aku sediakan tutorial bergambar je ok .. :)






Siap!! Simple and easy ..

Hei dhia ni tak reti duk diam .. :) 


So do it yourself .. LOVE!!
 

Saturday, 28 December 2013

CARAKU !!

ok!!

Sebelum masuk tahun baru ni , aku nak ceritalah sesuatu mengenai perkembangan anak , disebabkan aku ada terbaca artikel dari blog saatkukaupilih.blogspot.com tentang 10 tips berguna dari child Psychiatrist , so aku pun nak bagilah pendapat aku , ye aku tau aku bukan pakar pun tapi just bagi pendapat .. 

Haha , orang lain duk cerita azam tahun baru tapi aku cerita lain pulak .. Tak kisah lah kan .. Apa yang penting aku nak luahkan apa yang aku rasa dalam benak fikiran aku sekarang ni .. 

Apa yang artikel blog tu ceritakan memang aku agree , tak dinafikan semua tu memang benar ..  Cuma aku nak highlight kan satu lah yang bab gadget-gadget or "thing in a box " ni sikit .. Bukan apa , tak semua gadget or "things in a box" tu tak bagus untuk anak .. Kita memang perlu dedahkan mereka kepada gadget ni semua.. Cuma kita sebagai parents perlu tahu peranan macam mana nak menggunakkan "things in a box" kepada anak secara betul dan berkesan bukan yang membawa kepada kemudaratan .. 
Hai , yang kau sebagai mak bapak pergi bukak ipad/tab what so ever lagi lah then biarkan anak kau main sorang-sorang kenapa .. Memang lah anak kau akan sentiasa nak bermain ipad/tab tu , sebab perhatian mak bapak dah tak ada .. Ingat!! Walaupun anak masih baby , diorang still ada perasaan dan perlukan perhatian mak ayah , busy macam mana pun kita jangan mengabaikan anak .. 

Bagi aku ,  bila aku dapat agak anak aku macam bosan Dan perlukan sedikit entertainment even dia still baby tapi aku tau , mungkin naluri ibu :) , pendek kata kita sebagai ibu bapa lebih mengenali anak kita .. So aku bukaklah lagu-lagu yang berunsurkan learning lesson dalam gadget.. Aku bukak lagu alif ba ta , abc , 1 2 3 , lagu-lagu kids songs seperti "if you're happy , humpty dumpty, dan macam-macam lagilah yang aku bukak.. Sambil dia dengar sambil dia belajar .. Insyaallah .. Just bukak sekejab dalam 20minit gitu , tapi bukan hari-hari aku expose kan pada anak aku .. 




Iffatdhia memang suka dengar kids songs .. Aku akan menyanyi sekali sambil ikut gerakan muzik tu ..  Contoh lagu 
"If you're happy and you know it, clap your hands (clap clap) " ..



Anak-anak jugak perlu dengar muzik dan kadang-kadang dari muzik ni lah diorang dapat banyak belajar .. Bukan bermain game di ipad/tab ok .. Please !! mak bapak pun janganlah pergi beria nak main game dalam ipad/tab tu depan-depan anak.. Memang tak lah anak kau nak main jugak kan .. Bacalah buku depan anak-anak apa salahnya .. Apa yang ibu bapa buat anak-anak pasti akan ikut .. Walaupun anak kita masih lagi baby.. Memang kita nampak anak kita macam tak paham , tapi sebenarnya peringkat umur baby lah yang cepat absorb apa yang berlaku disekeliling mereka.. So be nice always in front your baby .. hehehe.. 








even iffatdhia still baby 3mo lagi aku dah bagi dia mengenal buku .. walaupun aku tak suka sangat membaca hahahaha... demi anak sanggup kot berpura-pura ... kiki ..





mainan pun nak yang bermuzik jugak .. hihihi .. kalau tak silap aku , aku pernah terbaca muzik dapat merangsang minda anak-anak .. :) :) Lagipun secara lahiriah nya, kanak-kanak/baby memang suka muzik .. 

p/s : ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang mama yang baru setahun jagung , eh! tak ,, se4bulan jagung <umur iffatdhia 4bulan 13hari hehe> so mungkin ada yang tak setuju mungkin, tapi inilah caraku , setiap orang didikan berbeza dan pasti nak yang terbaik untuk anak mereka.. Dan aku berharap aku dapat mendidik dan menjaga anak aku dengan sebaik-baiknya.. 


LOVE ..






Friday, 20 December 2013

Tiarap :P

ok .. 

muka sangat berlagak ok!! 




15hb hari tu , genaplah umur Iffatdhia 4bulan .. Aku pun jahit baju dress ala-ala peplum gituuu you hihihi (next entry aku review ok! ) konon nak hadiahkan lah dress tu sempena birthday 4bulan Iffatdhia .. 
Hahaha sekali Dhia yang hadiahkan aku something .. 
MENIARAP .. 
Waaaaahhh .. Surprise sangat .. Dhia dah pandai meniarap sendiri .. sendiri !! .. 
Ok aku tau , aku 1st time jadi mama , so agak kejakunan disitu ..heh! 
Perasaan memang terkejut , dalam masa yang sama excited plak aku .. Siap baringkan semula Iffatdhia, nak tengok lagi dia meniarap sendiri .. hahhaha .. 
Sorry sayang Dhia , mama tak kejam , cuma excited +  seronok yang susah betul nak digambarkan .. 
Alhamdulillah .. Genap 4bulan anak mama dah pandai meniarap ye .. Tak sabar nak tunggu crawling plak .. :))
p/s : aku tak taulah sama ada cepat ke atau memang umur-umur macam ni baby dah pandai meniarap .. no idea .. sebab nurse cakap cepat .. hahaha .. tak kisahlah , yang penting Dhia dah pandai meniarap dengan sendirinya :) ..








muka  cemek penat meniarap .. 








cibuk jek dhia tu nak baca jugak ..


DIY Dress peplum :) next entry ..

LOVE !!

Wednesday, 18 December 2013

DIY Mei-Tai baby carrier with tutorial ..






Ok , kali ni aku DIY Mei-Tai baby carrier pulak .. Sebenarnya aku memang cari baby carrier yang jenis dukung ni , susahnya nak mencari yang padan dengan iffatdhia .. Pastu harga pun boleh tahan rabak khonn .. Paling murah kalau tak silap dalam RM30 .. Bukan apa, benda nak guna sekejab je , macam tak berbaloi nak beli .. Disebabkan aku ni memang jenis yang suka DIY sendirik + berjimat cermat , apa salahnya aku DIY Mei-Tai aku sendirik.. Lagi puas hati dan paling penting limited edition ok !! Kirenya tak akan jumpa yang serupa dengan MEi-Tai Iffatdhia .. hehehe.. i like !!!!

Di bawah ni aku sediakan Tutorial cara aku buat Mei-Tai ..

1 . Gunting kain dengan ukuran 4’ lebar dan 28’ panjang  untuk tali bahagian bahu  dan untuk tali bahagian pinggang pulak 4’ lebar dan 18’panjang .. Setiap tali bahagian bahu dan bahagian badan diperlukan  dua kain setiap bahagian.. Kemudian dilipat dua kain , dan dijahit .. p/s : hendaklah dijahit bahagian dalam kain .
2.  Kain diterbalikkan seperti dalam gambar.
3. Untuk bahagian badan pulak , gunting kain dengan ukuran 11’ lebar 18’ panjang . ukuran badan ni , aku ukur badan iffatdhia dulu baru gunting ..  :)  Dah siap gunting , cantum dan jahit .
4.  Aku letak kekabu untuk keselesaan iffatdhia bila didukung dalam Mei-Tai :) .


 5.  Letakkan tali bahagian bahu dan pinggang atas bahagian badan seperti dalam gambar .  Pastikan letak 45° .
6. Letakkan dahulu bahagian tepi kiri dan kiri bawah . Kemudian lipat supaya ukuran tali bahagian kanan sama kedudukan dengan tali bahagian kiri..
7 . Jahit keempat-empat tali .. tali hendaklah dijahit seperti gambar no 8 supaya jahitan lebih kukuh ..



Jangan lupa letak span keras di dalam keempat-empat bahagian tali supaya tali akan Nampak terletak pada bahu dan pinggang bila kita pakai nanti :) ..


Ok! mesti korang konpius kan , gambar pertama aku tadi Mei-Tai warna biru kan ..kan .. hehe untuk cover luar pulak yang warna biru tu , korang pilihlah corak kain yang berkenan di hati , aku semuanya aku guna baju t-shirt yang aku dah tak muat nak pakai , jimat betul hahaha .. So gunting ikut ukuran pattern bahagian badan yang letak kekabu tadi. Then jahit macam biasa. 


Aku nak kelainan sikit kat Mei-Tai , aku jahit tangan macam ni .. hehe ..  Lain daripada yang lain .. Eksklusif you!! 

Siap !! 






Kedudukan kaki iffatdhia pun tak tergantung .. Kira kangkang eloklah .. So bagus untuk posture kaki .. :)


So Do It Yourself !!  LOVE ..



Tuesday, 10 December 2013

Next DIY .. :)


kali ni aku jahit jubah untuk diri sendiri .. :P
so bila dah banyak kain terlebih , apalagi of coz aku akan buat something for my baby princess iffatdhia.. :)



aku just design gitu-gitu je .. cari mood designer la konon .. haha :)


pattern warna putih kat atas ni , aku lukis atas kertas dulu , baru letak atas baju .. then apa lagi gunting ikut pattern la.. 



bila dah gunting front bodice , back bodice,sleeve , skirt .. cantum la kesemua tu .. tapi sebelum nak camntum , sleeve dan bahagian neckline kena jahit macam gambar kat bawah ni .. :)




so siap .. hehe.. just tak sampai satu hari pun aku jahit .. rasanya 4jam je aku jahit baju ni .. :)

 tapi yang agak sedihnya tu, bila dah siap semua bagai .. bahagian sleeve plak kecik maak aii.. kes tersilap ukur la ni.. haha .. memang tak muatlah iffatdhia nak pakai khonn..
so memang aku kena alter dulu .. haishh.. time dah siap la , macam2 yang terkurang ..  :(

iffatdhia tengok dari jauh je la baju ni dulu ye .. belum boleh pakai lagik .. :P :P

BIG BAD WOLF !!

See .. its back again ..24hours , start 6th Dec - 16th Dec.. , boleh lah pergi ye.. ahad lepas aku dah pun pergi.. sangatlah banyaknya buku dan banyak juga peminat tegar buku of coz.. hihi .. buku yang tersangat lah murah .. 


big bad wolf books di MIECC , The Mines .. 



beli buku untuk iffatdhia.. masa kat sana boleh lah dikatakan ramai jugak.. tapi disebabkan bawak iffatdhia , so agak susah sikit .. nasib baik jugak ada Mr Y , dia lah yang tolong jagakan.. :)


aku sempat grab buku ni je lah .. cari buku berkaitan jahit menjahit , tak adalah pulak .. ke aku cari tak jumpa.. entah .. hehe.. 








DIY Design - Dress for my 3mo24d baby girl ..


Disebabkan sekarang aku duduk saja sambil menunggu miracle happen .. aku pun buat lah blog aku sendiri .. asyik baca blog orang je .. 
iye dak ? :P
blog ni aku akan update tentang weee... tengok tagline kat atas tu pun dah boleh agak kan.. hehe..
so paham-paham sudah .. :)


Nak dijadikan cerita, Selasa lepas,  tengah kemas-kemas baju .. Banyak pulak baju yang dah tak boleh dipakai lagi .. Kebanyakkannya ketat dan sedat dan padat hahaha .. nampak sangat badan dah kumpul lemak ko .. 
Daripada membazir tak dipakai baju tu, aku pun buatkan baju ala-ala dress untuk iffatdhia .. 
bangga kononnya nak tunjuk baju mamanya jahit..hihi



iffatdhia excited try dress yang mamanya jahit!! :) 



 front bodice
 back 

 cantuman front and back ..
siap!!


p/s : next diy design will be post soon ..
tunggu !!! :P