Sunday 15 March 2015

Dhia Playroom Deco..

Assalamualaikum..

Umur Iffatdhia dah pun setahun 7bulan. Semakin membesar dan semakin bijak anak mama ni. Walaupun aku  bukan breastfeeding mummy, aku sentiasa berdoa dan berdoa iffatdhia dapat membesar dengan bijak dan sihat. Bukan niat tak nak breasfeed anak, apa kan daya susu badan aku hanya cukup untuk iffatdhia selama umurnya 3bulan je, Mama mana tak rasa terkilan dan sedih bila tengok newsfeed di facebook selalu keluar KEBAIKAN SUSU IBU. Kegembiraan facebook friends dapat breastfeeding anak masing-masing. Pada aku, itu rezeki anak masing-masing. Mungkin itu bukan rezeki anak aku. Hokeeeyyy penulisan yang tetiba teremosi pulak.  hahaha . Nangisssssss ....Walau apa pun aku tetap akan berikan yang terbaik untuk anak aku Iffatdhia. Aminn. 

Haahaha sebenarnya nak cerita tentang decoration playroom iffatdhia. Tetiba cerita pasal breastfeeding pulak . Suka larik topik tauuu . heh. Just a simple deco playroom je, lagipun baru nak mendeko-deko , sebab kesian pulak tengok Iffatdhia macam tak ada ruang dia nak main.  Next entry nanti  aku cerita lebih banyak  dan tempek pic sekali. huahuahua. So apa motipnya aku tulis kali ni. hahahaha . Ikut suko hati den la kan. Blog den. kikikiki.  





Bye ... Love Your Life !!!!

Awak Senyum Saya Senyum  :)



Saturday 14 March 2015

Im Back !!

Assalamualaikum ..

Wah lama lama lama lama betul tak menulis blog hokey.  Macam setahun dah kot tak update . Selepas pindah Muar memang tak sempat nak tengok blog, sibuk menguruskan kehidupan berkeluarga . Dah bersawang blog dengan 50-60 ekor labah-labah dah . haha over ko. Macam la ko blogger terkenal haahahahahaha. 

Lepas bersalinkan Nur Iffattdhia , aku resign . Kitorang suami isteri dah bermesyuarat dari hati ke hati ECEhhh .  Apa pro and con jika kitorang tinggal berjauhan dan tinggal sebumbung. Akhirnya keputusan dibuat kitorang tinggal sebumbung. heheheheehe.


Sepanjang hidup sebagai housewife di rumah @ penganggur ,  Ini sebahagian projek jahitan .


Iffatdhia dress


jubah lace

blouse

jubah nursing @tempahan


\
palazzo

kurung pesak nursing@tempahan

saree jubah@my mum

girl dress@vendo

peserta kelas jahitan 



p/s : im a lovely wife :) 
       happy working mum :) 
       good tailor :)
       nice person cewahhhh :)
      

Bye ... Love Your Life !!!!

Awak Senyum Saya Senyum  :)




Sunday 29 December 2013

DIY Sneak Peak ..

ok !!

Next entry aku akan update DIY dress shomel Iffatdhia kat bawah ni ...
 Dah siap cuma tinggal nak touch up je .. 
 Nak buat belt untuk nampak lagi gorgeous .. :) ..



tunggu!! :P

So do it yourself !! LoVE..

DIY Marathon 2 - Headband@Belt

ok !

Kenapa tajuk entry aku headband@belt kali ni.. Sebab DIY kali ni aku buat 2 in 1 .. Boleh dijadikan headband dan boleh jugak dijadikan belt jika mahu .. :)


kalau korang perasaan entry sebelum ni - dress peplum , aku ada pakaikan Dhia belt .. Sama sejibik tak dengan headband kat gambar atas ni ... Yup!! memang sama pun .. hahaha ..
Saiz kepala Dhia memang lebih kurang dengan saiz pinggang ..  So memudahkan aku , bila aku nak pakaikan dhia belt , pakaikan aje.. bila nak pakaikan headband pun pakaikan aje .. :)
Jimat di situ !! 




Siap !! Simple and nice ..

So do it yourself !! LoVE ..


DIY Marathon 1 ... Peplum Dress !

Ok!


Seperti yang dijanjikan , dress peplum for my baby .. :)


Hari tu aku keluar pergi beli kain.. Nak buatkan iffatdhia baju jenis ala-ala peplum gitu sempena umur dhia 4bulan .. 
Dapatlah sambar beberapa jenis kain.. dan paling penting sangat murah ok .. sebab sales!! I like .. hahaha ..

aku sediakan tutorial bergambar je ok .. :)






Siap!! Simple and easy ..

Hei dhia ni tak reti duk diam .. :) 


So do it yourself .. LOVE!!
 

Saturday 28 December 2013

CARAKU !!

ok!!

Sebelum masuk tahun baru ni , aku nak ceritalah sesuatu mengenai perkembangan anak , disebabkan aku ada terbaca artikel dari blog saatkukaupilih.blogspot.com tentang 10 tips berguna dari child Psychiatrist , so aku pun nak bagilah pendapat aku , ye aku tau aku bukan pakar pun tapi just bagi pendapat .. 

Haha , orang lain duk cerita azam tahun baru tapi aku cerita lain pulak .. Tak kisah lah kan .. Apa yang penting aku nak luahkan apa yang aku rasa dalam benak fikiran aku sekarang ni .. 

Apa yang artikel blog tu ceritakan memang aku agree , tak dinafikan semua tu memang benar ..  Cuma aku nak highlight kan satu lah yang bab gadget-gadget or "thing in a box " ni sikit .. Bukan apa , tak semua gadget or "things in a box" tu tak bagus untuk anak .. Kita memang perlu dedahkan mereka kepada gadget ni semua.. Cuma kita sebagai parents perlu tahu peranan macam mana nak menggunakkan "things in a box" kepada anak secara betul dan berkesan bukan yang membawa kepada kemudaratan .. 
Hai , yang kau sebagai mak bapak pergi bukak ipad/tab what so ever lagi lah then biarkan anak kau main sorang-sorang kenapa .. Memang lah anak kau akan sentiasa nak bermain ipad/tab tu , sebab perhatian mak bapak dah tak ada .. Ingat!! Walaupun anak masih baby , diorang still ada perasaan dan perlukan perhatian mak ayah , busy macam mana pun kita jangan mengabaikan anak .. 

Bagi aku ,  bila aku dapat agak anak aku macam bosan Dan perlukan sedikit entertainment even dia still baby tapi aku tau , mungkin naluri ibu :) , pendek kata kita sebagai ibu bapa lebih mengenali anak kita .. So aku bukaklah lagu-lagu yang berunsurkan learning lesson dalam gadget.. Aku bukak lagu alif ba ta , abc , 1 2 3 , lagu-lagu kids songs seperti "if you're happy , humpty dumpty, dan macam-macam lagilah yang aku bukak.. Sambil dia dengar sambil dia belajar .. Insyaallah .. Just bukak sekejab dalam 20minit gitu , tapi bukan hari-hari aku expose kan pada anak aku .. 




Iffatdhia memang suka dengar kids songs .. Aku akan menyanyi sekali sambil ikut gerakan muzik tu ..  Contoh lagu 
"If you're happy and you know it, clap your hands (clap clap) " ..



Anak-anak jugak perlu dengar muzik dan kadang-kadang dari muzik ni lah diorang dapat banyak belajar .. Bukan bermain game di ipad/tab ok .. Please !! mak bapak pun janganlah pergi beria nak main game dalam ipad/tab tu depan-depan anak.. Memang tak lah anak kau nak main jugak kan .. Bacalah buku depan anak-anak apa salahnya .. Apa yang ibu bapa buat anak-anak pasti akan ikut .. Walaupun anak kita masih lagi baby.. Memang kita nampak anak kita macam tak paham , tapi sebenarnya peringkat umur baby lah yang cepat absorb apa yang berlaku disekeliling mereka.. So be nice always in front your baby .. hehehe.. 








even iffatdhia still baby 3mo lagi aku dah bagi dia mengenal buku .. walaupun aku tak suka sangat membaca hahahaha... demi anak sanggup kot berpura-pura ... kiki ..





mainan pun nak yang bermuzik jugak .. hihihi .. kalau tak silap aku , aku pernah terbaca muzik dapat merangsang minda anak-anak .. :) :) Lagipun secara lahiriah nya, kanak-kanak/baby memang suka muzik .. 

p/s : ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang mama yang baru setahun jagung , eh! tak ,, se4bulan jagung <umur iffatdhia 4bulan 13hari hehe> so mungkin ada yang tak setuju mungkin, tapi inilah caraku , setiap orang didikan berbeza dan pasti nak yang terbaik untuk anak mereka.. Dan aku berharap aku dapat mendidik dan menjaga anak aku dengan sebaik-baiknya.. 


LOVE ..